Saturday, December 3, 2022

Pengundi Cina keliru di Sekinchan

Secara Rawak

SUNGAI BESAR:  DAP mengakui  para pengundi Cina di Sekinchan masih lagi keliru dengan calon yang mewakili Pakatan Harapan.

Kerajaan negeri Selangor terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, dan Pas.

13412104_1294512443912187_6712400034250248310_oTetapi pada pilihan raya ini, Pakatan Harapan menampilkan calon daripada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menentang calon Pas dan Barisan Nasional.

Amanah ialah parti serpihan Pas yang ditubuhkan sekitar tujuh bulan lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata segelintir masyarakat Tionghua mengakui mereka keliru dengan simbol Amanah kerana lazimnya melihat DAP dengan lambang ‘roket’.

Bagi pemerhati, penampilan calon Amanah untuk berdepan pilihan raya 17 Jun merupakan strategi Menteri Besar Azmin Ali supaya tidak menghiris perasaan Pas yang menjadi sekutunya dalam kerajaan negeri.

“Respons adalah sangat menggalakkan tapi ada sedikit kekeliruan tentang simbol. Ini kerana mereka kenal ‘roket’ tapi roket tidak bertanding,” katanya.  

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan mesra di perkampungan nelayan Bagan Sekinchan di sini, lewat petang semalam.  

Pengundi Cina terdiri daripada sekitar 30 peratus daripada 42,000 pengundi berdaftar di Sungai Besar, dengan sebahagian besar mereka terdapat di DUN Sekinchan.  – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru