Friday, September 30, 2022

Mekanik cedera bergelut dengan dua perompak bersenjata di Sungai Maong, Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Polis Kuching sedang memburu sekumpulan perompak bersenjata yang menjalankan aktiviti pecah rumah mereka pada awal pagi.

28b622db-585d-46c5-9ab9-c9f0091ae203Dalam kejadian terbaharu, seorang mekanik yang berusia 22 tahun cedera di kedua-dua lengannya selepas bergelut dengan tiga perompak yang berada di halaman rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, dalam kejadian sekitar 6.15 pagi tadi itu, mangsa sedang membuka pintu pagar rumahnya di Jalan Kepayang, Jalan Sungai Maong Tengah dekat sini apabila tiga lelaki mencurigakan.

“Tiga lelaki yang tidak dikenali itu sedang berada di halaman rumahnya manakala seorang lagi berada di dalam sebuah kenderaan, dipercayai Proton Saga berwarna kelabu.

“Melihat kelibat mangsa, dua daripada suspek kemudian meluru ke arahnya sambil menghunus sebilah pisau.

Mangsa kata Abang Ahmad, berusaha melawan suspek dan bergelut dengan kedua-duanya hingga menyebabkan lengannya cedera.

“Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang menanti.

“Mangsa pula masuk semula ke dalam rumahnya untuk meminta bantuan ahli keluarga , sebelum dikejarkan ke Pusat Rawatan Borneo, dengan tangan kirinya mendapat 15 jahitan.

Kata Abang Ahmad lagi, polis percaya suspek cuba melakukan pecah masuk ke rumah berkenaan dan terkejut dengan kehadiran mangsa, yang kebetulan sedang membuka pintu pagar untuk keluar bekerja.

Polis masih melakukan siasatan dan mengumpul sebanyak maklumat bagi mengesan suspek.

Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dalam cubaan merompak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru