Thursday, September 29, 2022

KPDNKK laksana 2,574 pemeriksaan di Bazar Ramadan Sarawak dalam tempoh tujuh hari berpuasa

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak melakukan pemantauan rapi dengan menjalankan 2,574 pemeriksaan setakat ini ke atas bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri sejak 1 Ramadan lalu.

Ketua Penguatkuasanya Mohd Hafidz A. Rahim berkata, pemeriksaan ini bertujuan bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan memandangkan bazar Ramadan umpama sebuah pesta jualan yang meriah dan berlangsung selama sebulan.

“Kita melakukan tinjauan secara berjadual dan pasukan penguatkuasa kita melakukannya setiap hari di semua bazar Ramadan di negeri ini.

e9956f43-cfe3-43de-9ad7-e017898404cd

“Hasrat kita adalah untuk memastikan pengguna mendapat yang terbaik daripada para peniaga di bazar-bazar berkenaan,” katanya ketika mengetuai operasi di Bazar Ramadan Stutong di sini petang semalam.

Dalam pemeriksaan itu, Hafidz memuji sikap peniaga pelbagai kaum yang berniaga di bazar Ramadan di negeri ini yang mematuhi pelbagai peraturan yang ditetapkan, termasuk menjual pada harga yang berpatutan, meletak tanda harga dan yang paling penting, menjaga aspek kebersihan.

“Selepas ini kami merancang untuk melakukan pemeriksaan bersepadu melibatkan pelbagai agensi lain seperti Jabatan Kesihatan bagi membolehkan pemeriksaan lebih menyeluruh dilakukan.

Tambahnya, jika orang ramai yang mengunjungi bazar-bazar ini berasa curiga terhadap harga yang ditawarkan peniaga, atau kualiti serta persekitaran yang tidak menyihatkan, bolehlah berhubung dengan membuat aduan terus kepada KPDNKK untuk tindakan selanjutnya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru