Tuesday, December 6, 2022

SUPP tidak bergantung kepada faktor kewilayahan

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) percaya kekuatan parti tertua Sarawak itu tidak bergantung kepada sikap regionalisme atau kewilayahan.

SUPP  sering dikaitkan dengan wilayah Kuching, Sibu dan Miri.

Justeru, Dr Sim Kui Hian mahu sikap berkenaan dikikiskan, dan menyeru ahli SUPP supaya memperkukuh kesatuan dan perpaduan parti.

Hanya dengan itu, mereka dapat memastikan pencapaian yang lebih baik pada masa depan.

Ketika berucap pada majlis ulang tahun ke-57 parti itu bagi kawasan selatan, Dr Sim berharap ahli dan pemimpin parti di semua peringkat memikirkan langkah perlu untuk terus mentransformasikan parti.

13392003_282667665401446_3701038577691314244_o

Pada pilihan raya 7 Mei, SUPP telah memenangi tujuh daripada 13 kerusi yang ditandinginya.

Pada 2011, parti terbabit bertanding di 19 kerusi, dan hanya menang di enam kerusi sehingga ia hilang kerusi Timbalan Ketua Menteri apabila presiden Tan Sri Dr George Chan tewas di Piasau.

“Ketika kita terus ke hadapan dan mengalami turun naik, kita perlu yakin dengan diri kita sendiri,” tegasnya.

Sejak menerajui SUPP, Dr Sim telah membawa banyak perubahan dalam usaha menjenamakan dan meremajakan semula parti berkenaan yang terpukul teruk dari segi imej dan reputasi.

Pada pilihan raya negeri ke-11, SUPP telah menampilkan beberapa calon muda yang memiliki kelayakan akademik yang mengagumkan, termasuk peguam dan jurutera.

Katanya: “Parti tidak bergantung kepada semangat kewilayahan, sebaliknya kepemimpinannya adalah untuk seluruh Sarawak.” – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru