Saturday, December 3, 2022

Pemimpin UMNO, Pas serang Mahathir

Secara Rawak

KUALA KANGSAR: Pemimpin Umno dan Pas menyifatkan isu dan kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak relevan dan tidak akan menjejaskan peluang kedua-dua parti terbabit untuk memenangi pilihan raya kecil Parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Semalam bekas Pedana Menteri telah mulai berkempen di kerusi Sungai Besar dan dijangka akan mengunjungi kawasan ini hari ini.

“Saya percaya apabila beliau datang ke Kuala Kangsar esok (hari ini), isu sama akan dibawa, dan terserah kepada pengundi menilainya,” katanya.

13418803_10153912920114355_2099818039110565720_nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kesal dengan tindakan Dr Mahathir menggunakan platform pembangkang pada PRK untuk menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tergamak.

Hishammuddin menyifatkan tindakan Dr Mahathir mahu pembangkang menewaskan calon Barisan Nasional sebagai pelek.

Baginya, isu yang dibangkitkan Dr Mahathir di Sungai Besar semalam sebagai tidak relevan dengan kehendak pengundi, dan yakin 42,000 pengundi di kawasan berkenaan tidak akan mudah terpengaruh dengan hujah beliau.

Daripada jumlah itu, 67.18 peratus ialah Melayu, 31 peratus Cina, dan 1.91peratus India.

“Jika saya pengundi saya tidak akan terpengaruh, kerana bagi kedua-dua PKR ini, sebarang hujah perlu ada asas, dan perlu sesuai dengan kehendak pengundi di kedua-dua kawasan,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan penduduk di Kampung Masjid di sini, semalam.

Bagi Naib Presiden Pas pula, kehadiran Tun Mahathir tidak akan menjejaskan peluang Pas untuk memenangi kedua-dua kerusi terbabit ketika Dr Mahathir dilihat bergiat aktif berkempen untuk memenangkan calon Amanah.

Amanah merupakan parti serpihan Pas yang ditubuhkan sekitar tujuh bulan lalu.

Bagi Kuala Kangsar, daripada 32,949 pengundi berdaftar, 68 peratus ialah Melayu, 24 peratus Cina, dan 7 peratus India.

Beliau berkata, sejarah  hubungan Dr Mahathir dengan Pas semua orang tahu. “Macam malam dengan siang. Kita tahu Tun M dengan dengan Pas,” katanya pada pemberita, semalam.

Katanya: “Yang makan dedak dia dan kroni dia, dia yang mengajar semua itu. Bermula dari zaman dialah rakyat sudah mulai diberi dedak.”

Amanah bukan sahaja menentang BN dalam PRK kali ini, tetapi juga Pas yang menjadi sekutu Pakatan Harapan dalam kerajaan negeri Selangor. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru