Lagu ‘Pinggiran Syurga’ gubahan anak calon BN Kuala Kangsar sentuh perasaan

0
2

KUALA KANGSAR: Di sebalik kesedihannya dan seluruh keluarga selepas kematian Wan Mohammad Khair-ril Anuar Wan Ahmad, seorang daripada anak Ahli Parlimen itu meluahkan emosi yang membelenggu melalui gubahan lagu.

Wan Imar Izzat, 25, mencipta lagu Pinggiran Syurga yang begitu menyentuh perasaan pendengar.

Klip video yang dimuat naik dalam Youtube sudah menjadi viral.

Screen Shot 2016-06-12 at 11.01.43

Wan Imar kini telah menjadi artis KRU Music Sdn Bhd selepas menandatangani kontrak pada bulan April sebelum ayahnya terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei.

Ayahnya telah memperkenalkan beliau kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat muzik terbabit, Datuk Norman Abdul Halim.

Klip video berdurasi empat minit itu ditujukannya kepada Allahyarham ayahnya yang banyak memberi dorongan kepada beliau.

Lagu itu yang mendapat sambutan daripada mereka yang melayari Youtube melukiskan dugaan yang yang diterima dan bagaimana beliau dan keluarganya menghadapinya dengan kekuatan semangat.

Video itu memaparkan imej Wan Imar bermain piano putih dengan  gambar keluarganya.

Sehingga pukul 10.55 pagi Ahad, video itu sudah mencatatkan 14,074 hits. – Sarawakvoice.com