Saturday, December 3, 2022

Kehadiran Dr Mahathir di Sungai Besar tarik perhatian penduduk

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Bekas Perdana Menteri kini secara terbuka berkempen untuk calon Amanah di kerusi Sungai Besar.

Kehadirannya di Sekinchan menarik perhatian penduduk, di kawasan yang terkenal dengan kegiatan menangkap ikan.

Beliau yang berazam untuk memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditumbangkan daripada kerusi Perdana Menteri mahu membuktikan bahawa usahanya di kawasan terbabit berjaya.

Beliau mahu Pas dan BN dikalahkan sebagai bukti bahawa pengundi sudah tidak suka kepada Najib.

Itulah sebabnya, Dr Mahathir menyatakan sokongan beliau terhadap calon Amanah ketika di sini.

Pakatan Harapan menampilkan Pengerusi Amanah Sungai Besar Azhar Abdul Shukur, 50, sebagai calonnya.

Azhar pemegang Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis Pengajian Islam di Karachi Pakistan berasal dari Sungai Besar, merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri.  

Dengan hari mengundi tinggal tujuh hari lagi, bekas perdana menteri muncul bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Kehadiran beliau menarik perhatian ramai di kawasan Sekinchan. Sekinchan, kawasan DUN dimenangi DAP merupakan kawasan majoriti Cina.

Pengundi Cina yang pada 2013 menyokong Pas sehingga calonnya hampir menang, kali ini dijangka menyokong calon Amanah.

Namun, pemerhati politik yakin bahawa Barisan Nasional mampu memenangi kerusi Sungai Besar dengan majoriti undi yang mengukuh.

13423883_1122882624450213_6366033003749004558_n

Pada 2013, calon BN Datuk Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei menang dengan hanya 399 undi majoriti.

Dr Mahathir yang telah keluar daripada UMNO untuk kali kedua, berada di sini bagi membantu kempen Amanah, dan beliau turut berucap  di restoran Hao Xiang Chi.

Mengakui agak aneh berada bersama  mereka yang disifatkan sebagai musuh politik suatu sepanjang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Dr Mahathir tampil bersama  ketua pemimpin veteran DAP  Lim Kit Siang  dan mantan Menteri Besar Tan Sri Muhammad Muhammad Taib. 

“Sekarang saya bukan ahli mana-mana parti, bukan  ahli Umno, bukan juga ahli parti pembangkang. Saya di sini sebagai rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap nasib negara,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru