KUALA KANGSAR: Satu daripada lima agenda perjuangan calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid pada pilihan raya Parlimen Kuala Kangsar ialah menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) kepada universiti awam (IPTA).

Semalam, Perdana Menteri memenuhi impian dan agenda Datin Mastura yang tentunya menggembirakan sekitar 42,000 pengundi di kawasan terbabit.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kuisas diberikan status universiti awam penuh berkuat kuasa serta-merta, dan akan turut menerima geran daripada kerajaan persekutuan.

13394097_10153558118285952_1917666095174194602_n

“Bagi kesinambungan bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar pendidikan Melayu tertua di Malaysia, maka sukacita saya umumkan Kuisas sebagai sebuah universiti penuh” katanya.

Kuisas yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan mula beroperasi pada tahun 1999 sebelum dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 2013.

Perdana Menteri  mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuisas di sini yang dihadiri sekitar 500 jemaah terdiri daripada warga Kuisas dan penduduk setempat.

Sehubungan itu Najib berkata, Kuisas akan menggunakan nama Universiti Azlan Shah Malaysia (USAS). – Sarawakvoice.com