Tuesday, December 6, 2022

Dr Sim anggap pembangkang bagai kanak-kanak nakal

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian ketika menjadi Senator  telah melihat suasana perbahasan di Dewan Negara.

Keadaannya lebih terhormat kerana Ahli Dewan Negara daripada pembangkang adalah minoriti, menurut beliau.

Pengalaman selama dua tahun sebagai Sentor bagi pakar jantung ini memungkinkannya membuat perbandingan.

Pertama kali tampil selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Batu Kawah, menewaskan calon DAP dan Bebas dengan majoriti 2,085 undi, beliau berkata, perbahasan wakil rakyat pembangkang adalah seperti kanak-kanak nakal yang cuba menarik perhatian.

13350249_282656452069234_7738000302138108881_o

“Ada ketikanya perkataan yang digunakan mereka adalah menarik…sengaja untuk melancarkan provokasi dalam membentangkan hujah mereka, ” kata beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman dengan pihak media di Kuching semalam selepas menghadiri persidangan selama empat hari.

Dr Sim ,seorang pakar jantung berkongsi pengalaman pertamanya berada di DUN Sarawak, menyaksikan gelagat wakil pembangkang.

Bagi beliau, para penyokong parti pembangkang perlu melihat sendiri kelakuan mereka di DUN.

Pada pilihan raya 7 Mei, pembangkang hanya memenangi 10 kerusi daripada 82 kerusi DUN; DAP 12 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga.

Jumlah tersebut berkurangan enam kerusi berbanding 16 pada pilihan raya negeri 2011.

Barisan Nasional turut berjaya merampas lima kerusi majoriti Cina daripada DAP di sebalik populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang mencanak. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru