Tuesday, December 6, 2022

Bapa mangsa culik akan perjelas isu wang tebusan sekembalinya ke Sibu

Secara Rawak

SIBU: “ Kami akan dedahkan perihal wang tebusan dan butirannya sekembalinya kami sekeluarga ke Sibu,” kata Wong Chee Ming, bapa kepada dua adik beradik yang dibebaskan penculik dari Selatan Filipina, kepada sebuah media tempatan sebentar tadi.

Wong Chie Ming
Wong Chie Ming

Chee Ming memberi jaminan tersebut ketika dihubungi wartawan media tersebut melalui telefon siang tadi.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila mereka akan kembali kerana masih berada di Sabah untuk memenuhi prosedur yang perlu dilakukan susulan pembebasan tebusan.

“We are very grateful to the people for showing their utmost support to us in our most difficult time and we will explain to them everything that needs to be explained when we return home. Bear with us,” he said in a telephone interview today (June 10).

“Kami amat berterima kasih kepada seluruh rakyat di negeri ini yang menunjukkan sokongan yang terbaik ketika kami melalui detik paling sukar dan kami akan memberikan penjelasan kepada mereka akan apa yang perlu dijelaskan apabila pulang ke rumah. Bersabarlah dan setialah dengan kami,” katanya.

Chee Ming mengakui wujud salah faham berikutan laporan akhbar tentang bayaran wang tebusan dan ini memberi tekanan kepada keluarga, hingga ia memberi kesan kepada kesihatan ibunya (nenek mangsa) yang sudah tua.

Beliau berkata, pihak media telah bercakap dengan ahli keluarga mangsa yang lain serta saudara-mara mangsa culik, terutamanya pada waktu-waktu kebelakangan ini.

“Tetapi mereka ini tidak dapat memberikan gambaran jelas kerana mereka tidak bersama-sama dengan mereka berempat (mangsa tebusan).

“Oleh itu, adalah tidak adil untuk meminta komen mereka hingga mencetuskan spekulasi yang tidak perlu,” katanya.

Jelas Chee Ming, dalam keadaan terkini, situasi sekarang telah meletakkan pihak keluarga dalam kedudukan yang janggal, selain tangan mereka terikat.

“Kami hanya dapat memberi penjelasan kepada orang ramai sekembalinya kami dengan keempat-empat mereka.

“ Penjelasan isu wang tebusan itu penting dan ia merupakan keutamaan kerana kami telah menerima sumbangan orang ramai dan penting bagi orang ramai untuk mengetahui di mana wang itu pergi.

Wong Teck Kang, 31 tahun, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan  Johny Lau Jung Hien, 21, kesemuanya dari Sibu, Sarawak, diculik pada 2 April lalu apabila lapan penculik bersenjata dan bertopeng menaiki kapal tunda MV Massive 6 yang sedang dalam perjalanan ke Tawau setelah menghantar kargo kayu ke Manila.

Mereka dibebaskan setelah 37 hari dalam tahanan kumpulan yang dipercayai ada kaitan dengan militan Abu Sayyaf. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru