Saturday, December 3, 2022

Rampas tapak iklan kempen: Calon BN Sungai Besar nafi tuduhan Adun Sekincan

Secara Rawak

SUNGAI PANJANG: Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi  menafikan  sekeras-kerasnya tuduhan Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim bahawa BN merampas tapak  papan iklan kempen mereka, dan seterusnya menaikkan  bahan kempennya di sekitar Sekinchan.

13346784_1169354436418397_2972194722180457664_nBudiman yang juga Adun Sungai Panjang  berkata dakwaan tersebut  merupakan strategi bagi mencalarkan imej beliau  menjelang  pilihan raya kecil Parlimen  18 Jun ini.

Budiman berdepan tentangan daripada calon Amanah dan Pas, tetapi pemerhati politik berkata bahawa kerusi ini bakal memihak kepada BN.

Budiman berkata pembangkang terpaksa menggunakan strategi melemparkan tuduhan berkenaan kerana  ia tidak mempunyai modal kempen yang mampu menarik perhatian pengundi di kawasan itu.

Dengan strategi kotor itu, ia mengharapkan dapat menghakiskan sokongan rakyat terhadap BN.

Tambahan pula,  menurut Budiman, gambar pada papan iklan itu bukan merupakan prosedur operasi standard (SOP) beliau kerana biasanya dia tidak  meletakkan  iklan atau poster berpakaian baju Melayu di kawasan majoriti Cina seperti di Sikincan.

“Saya budak kampung dan saya cuma memakai pakaian biasa. Berilah peluang kepada rakyat di Sungai Besar memilih  tanpa provokasi melampau,” katanya kepada pemberita di sini dalam usahanya menjelaskan kedudukan sebenar isu berkaitan.

Dalam pilihan raya lalu,  lapan daripada sepuluh kawasan daerah mengundi di DUN Sekincan dimenangi  Pas ketika parti Islam itu masih lagi bersama-sama Pakatan Rakyat. BN hanya menang di dua kawasan daerah mengundi di kawasan majoriti Cina terbabit.

Kerusi Parlimen Sungai Besar mempunyai sekitar 65 peratus pengundi Melayu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru