KUALA KANGSAR: Perdana Menteri mempunyai jadual padat dengan perlu menghadiri sekurang-kurangnya lapan acara sepanjang hari ini dalam rangka membantu kemenangan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen pada 18 Jun ini.
Pada pilihan raya ini, dan Datin Mastura Mohd Yazid akan ditentang calon Amanah, Dr Ahmad Termizi; calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Bagi acara pertama, Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah, dan tiba di Dewan Jubli Perak di sini sekitar sepuluh 10.00 pagi tadi.
Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan khas sebanyak RM194 juta kepada seramai 388,111 orang pekebun kecil yang layak di Kuala Kangsar akibat kejatuhan harga getah dipasaran.
“Bantuan ini berbentuk ‘one off’ bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka.
menurut beliau daripada jumlah itu 307,770 ialah pemilik pengusaha, dan 80,341 penoreh getah akan menerima sebanyak RM500 setiap orang.
Najib berkata, bantuan berkenaan bukanlah betujuan untuk membeli undi pengundi, tetapi diberi secara konsisten oleh kerajaan sejak 2013 dan 2014.
Selepas majlis itu, Najib menghadiri program di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).
Beliau akan menyempurnakan solat Jumaat di Masjid KUISAS, diikuti program bersama masyarakat Cina di Sekolah Menengah Tsung Hwa Jalan Sultan Iskandar Shah.
Selepas solat Jumaat, Najib dijangka menghadiri program bersama masyarakat India di Memorial Gandhi School.
Seterusnya beliau dijadual melakukan tinjauan mesra di Bazar Ramadan Manong dan Program Semarak Ramadan.
Beliau akan turut serta dalam majlis berbuka puasa dengan masyarakat di Masjid Nurul Huda Manong.
Acara terakhir beliau ialah menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Kampung Guar. – Sarawakvoice.com