Sunday, August 14, 2022

Penjawat awam salah taip surat kena pecat

Secara Rawak

JAKARTA: Seorang pegawai negeri atau penjawat awam yang bertugas di Kementerian Dalam Negeri di Indonesia telah dipecat gara-gara menaip dengan salah surat yang dihantar kepada Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK).

Sampul surat yang kini viral dan turut disiarkan dalam banyak media di sini ditaip kepada “Yth Komisi Perlindungan Korupsi, Republik Indonesia”.

CkcGXjBUYAYVOCr (1)Implikasinya, seolah-olah badan kerajaan itu ‘melindungi’orang yang melakukan rasuah atau korupsi.

KPK menyifatkan hal itu adalah kelalaian dan isu berkaitan pemecatan berkenaan itu bukan urusannya, sebagaimana dilaporkan detik.com.

Nama staf berkenaan  dengan nama singkatan AF berkelulusan sekolah menengah atas, dan beliau mengakui keliru ketika menaip.

Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo dipetik sebagai berkata, kesalahan itu adalah disengajakan, malah “ada indikasi sabotaj dalam insiden salah taip surat ke KPK.”

“Staf ini belum faham betul terkait masalah KPK itu sehingga terjadi kesalahan jadi ‘komisi perlindungan korupsi’. Ada kesalahan, human error. Tidak ada faktor kesengajaan setelah saya periksa yang bersangkutan,” kata Dirjen Politik dan Pemerintahan Umum KDN Soedarmo, seperti dipetik portal itu.

Surat berkenaan diterima KPK pada 7 Jun lalu, dan langsung dikembalikan.

Menteri berkenaan berkata KDN telah memecat penjawat awam itu, dan ia telah menulis surat secara rasmi memohon maaf kepada KPK, sambil menyifatkan kejadian itu sebagai memalukan.

Hakikatnya, di bawah kepemimpinan Presiden Jokowi Widodo, KPK telah bertindak agresif dengan mengambil tindakan terhadap mantan menteri, gabenor, hakim dan sebagainya.

Dari segi penarafan, Indonesia dengan penduduk 245 juta jiwa berada di kedudukan 88 daripada 168 negara pada 2015 sebagaimana dikeluarkan Transparency International, dengan nombor satu bermakna paling tidak korup. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru