Saturday, October 8, 2022

Calon BN angkat 5 agenda perjuangkan Orang Kuale

Secara Rawak

KUALA KANGSAR: Dalam usaha untuk menambat hati pengundi di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini,  calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid mengemukakan lima agenda  untuk mengubah nasib para penduduk di kawasan terbabit.

7ebfb7ed-ce93-4967-ba50-3e871c530e67Agenda yang dikenali sebagai  ‘Memperjuangkan Harapan Orang Kuale’ untuk pengundi di kawasan terbabit turut disebarkan melalui bahan kempen beliau.

Agenda berkenaan ialah menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada universiti awam, menyegerakan kelulusan projek jambatan Manong dan memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan Jalan Manong – Kuala Kangsar.

Dua lagi agenda calon BN itu adalah menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan membangunkan semula lembah dan tebing Sungai Perak sebagai pusat pelancongan.

Mastura berkata, kelima-lima agenda itu merupakan ilham Allahyarham suaminya, Datuk Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Wan Mohd Khair terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei, dua hari sebelum pilihan raya Sarawak, bersama-sama Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon.

PRK Kuala Kangsar diadakan serentak dengan PRK Sungai Besar.

“Jadi apa yang memberi kebaikan buat orang Kuale, saya akan utamakan,” katanya pada sidang media di rumahnya.

Dalam pertandingan empat penjuru, Mastura akan  ditentang calon Amanah, Dr Ahmad Termizi; calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – Sarawakvoice.com

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru