Saturday, December 3, 2022

Bekas Menteri Besar mohon maaf, calon BN memaafkannya

Secara Rawak

KUALA KANGSAR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata  beliau tidak berniat menghina atau membuat andaian negatif kepada mana-mana pihak khususnya keluarga  Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

maxresdefault (5)Wan Mohammad, penyandang kerusi Kuala Kangsar terkorban dalam nahas helikopter di Simunjan, Sarawak pada 5 Mei.

Penjelasan  Mohammad Nizar dibuat di sebalik kritikan pelbagai pihak terhadap ceramah di Lembah Sayong di sini terutama oleh pemimpin Umno dan  menghiris perasaan keluarga Allahyarham dan Datin Mastura Mohd Yazid.

Pada pilihan raya parlimen 18 Jun ini, Mastura akan  ditentang calon Amanah, Dr Ahmad Termizi; calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Muhammad Nizar menjelaskan ceramahnya baru-baru ini  telah dipetik di luar konteks terutama oleh media sosial yang sengaja membuat telahan, tohmahan dan andaian yang salah serta jauh terbabas daripada maksud sebenar.

Bekas Menteri Besar itu sebelum ini dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk mengajar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Kata Mohammad Nizar sebenarnya dalam mukadimah ceramah berkenaan, beliau meminta hadirin membaca surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah, malah dengan panjang lebar mendoakan roh arwah dicucuri rahmat.

“Saya juga mendoakan mereka dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman serta menerima dengan reda hati atas ketentuan serta takdir Allah SWT,” katanya melalui kenyataan media dikeluarkan di sini.

Mohammad Nizar berkata berkata, sebagai individu yang turut bergelar suami dan bapa, beliau memahami erti kehilangan yang menimpa keluarga Datin Mastura Mohd Yazid.

“Bagaimanapun, sekiranya akibat laporan yang salah oleh pihak media sosial dan cetak, sehingga menggores hati semua pihak, maka saya memohon sepuluh jari memohon sepenuh kemaafan buat keluarga Allahyarham.

“Permohonan maaf tidak bersyarat ini adalah tanda keluhuran hati saya yang amat bersimpati atas ketentuan dari Allah yang menimpa keluarga Allahyarham,” katanya.

Kelmarin, anak kedua Mastura, Wan Imar Izzat menjelaskan mereka sekeluarga terguris hati dengan kenyataan berkenaan.

Semalam, Mastura pada sidang media di rumahnya  menjelaskan beliau turut terkilan, namun memaafkan Mohammad Nizar.

Mastura berkata beliau memaafkan kekhilafan Nizar tersebut kerana “Sebagai seorang manusia biasa, seperti saudara semua, semestinya perkataan-perkataan itu menggores hati saya dan anak-anak.

“Tetapi saya maafkan Datuk Seri (Nizar) sebab saya percaya Allah  taala akan menunjukkan kebenaran kepada kita semua,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru