Saturday, December 3, 2022

Tindakan diambil terhadap  pihak pasang iklan kempen langgar peraturan

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: . Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata tindakan akan diambil oleh Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan  tidak berlaku pemasangan bahan kempen, termasuk papan iklan yang melanggar  undang-undang dan peraturan  sesuai dengan ketetapan Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini berikutan tindakan memasang  papan iklan berunsur tohmahan dan provokatif oleh parti pembangkang di Sekincang di sini adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen.

Mohd Hashim menjelaskan perkataan-perkataan pada papan iklan itu, tergolong di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen berkenaan.

Untuk itu,  beliau mengingatkan semua pihak agar  mematuhi undang-undang  dan peraturan kempen ditetapkan kerana sebarang pelanggaran peraturan dan undang-undang boleh diambil tindakan sewajarnya.

“Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari,” tambahnya.

“Di bawah Seksyen 4A Akta berkenaan. menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya  melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, di bawah seksyen berkenaan, mana-mana pihak yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kematian Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Adun Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman; dan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.

BN menang kerusi itu hanya dengan majoriti 399 undi pada Pilihan Raya Umum 2013. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru