Wednesday, December 7, 2022

Sedikit wakil tidak bermakna pembangkang jadi ayam hilang taji: Chong Chieng Jen

Secara Rawak

KUCHING: Berhadapan 72 wakil Barisan Nasional(BN) tidak termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri sememangnya bukan tugas mudah bagi 10 ahli blok pembangkang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini.

CHONG CHIEN JEN
CHONG CHIEN JEN

Ia tugas yang pasti sukar apatah lagi dengan kehadiran ramai pembahas yang berkebolehan dalam blok kerajaan.

Bagaimamapun bagi Chong Chieng Jen yang mengetuai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Tindakan Demokratik (DAP), bilangan pembangkang yang menyusut bukan bermakna parti itu menjadi lembik dan umpama ayam hilang taji.

“Bilangan ahli bukan ukuran untuk menentukan sama ada suara kita lantang, bising atau keadaan menjadi senyap sunyi.

“Pada tahun 2006, kita pernah mempunyai hanya enam ADUN pembangkang.

“Tetapi persidangan DUN di bangunan DUN lama ketika itu rancak, bertenaga dan bising.

“Ia amat berbeza dengan Kompleks DUN baharu ini,” katanya.

Chong mendakwa Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar mengawal ketat sistem siar raya bagi mengelakkan blok pembangkang lantang bersuara.

“Asfia mempunyai kawalan terhadap sistem siar raya di kamarnya dan oleh itu dapat menyekat perbahasan oleh penggubal undang-undang di dalam Dewan.

“Ini menjadikan persidangan DUN ini menjadi lebih membosankan,” katanya.

Mengenai keputusan Asfia untuk mengehadkan waktu perbahasan, Chong, menganggapnya sebagai tindakan yang tidak praktikal kerana ini akan mengurangkan peluang untuk ahli-ahli yang dipilih untuk bersuara mewakili rakyat di dalam DUN.

“Saya rasa ini tidak betul, terutama setelah kita kini mempunyai tambahan 11 lagi wakil. Sepatutnya, tempoh untuk berdebat perlu ditambah sekurang-kurangnya satu hari lagi.

Sebelum ini, katanya perbahasan titah Yang di-Pertua Negeri adalah selama tiga hari tetapi kali ini, hanya  diperuntukkan dua hari.

“Ini tidak adil. Seharusnya tempoh untuk perbahasan perlu ditambah sehingga empat hari berbanding tiga hari biasa kerana DUN kini mempunyai lebih ramai wakil yang dipilih dan mereka juga mahu bersuara,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru