Saturday, December 3, 2022

Jentera kempen Sungai Besar dibantu 1,000 wanita UMNO, BN

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun berkata jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN)  telah mengorak langkah berkempen menerusi pelbagai pendekatan  dan strategi kempen termasuk kunjungan dari rumah ke rumah bagi membantu  memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen  18 Jun nanti.

Azizah Mohd Dun

Calon BN Budiman Mohd Zohdi, Adun Sungai Panjang,  bakal ditentang
calon PAS yang juga Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abdul Shukur  yang mewakili Pakatan Harapan.

Kata Azizah, lebih 1,000 anggota Wanita UMNO dan BN dari seluruh negara sedang giat berkempen bai menemui pengundi di kawasan parlimen terbabit.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan bulanan kepada 30 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Daerah Sabak Bernam, di sini Rabu.

“Insya-Allah semua pengundi akan ditemui dan dikunjungi jentera Wanita. Kita percaya kita boleh kekalkan BN di Sungai Besar,” katanya.

PRK  itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen terbabit, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru