Thursday, September 29, 2022

Jangan membazir makanan pada bulan Ramadan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan umat Islam supaya tidak membazir makanan pada bulan Ramadan ini.

Sebaliknya, mereka perlu bersederhana, kata Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau.

“Saya harap kita ingat untuk bersederhana dan tidak membazir makanan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini,” tulis beliau.

Umat Islam berpuasa mulai kelmarin.

Katanya: “Waktu-waktu begini, tentu ramai sedang mencari juadah brrbuka di bazar Ramadan dan sebagainya.”

Menjadi amalan untuk umat Islam untuk membeli juadah di bazar Ramadan yang dibuka di bandar, pekan dan kampung seluruh negara. Penganut agama lain juga mengambil kesempatan untuk membeli juadah bagi makan malam.

Najib turut menyentuh mengenai konsep kesederhanaan yang memang ditekankan dalam Islam. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru