Friday, September 30, 2022

Empat rakyat Sarawak diculik Abu Sayyaf dibebas hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Empat rakyat Sarawak yang diculik di Pulau Ligitan Sabah pada Apri lalu telah dibebaskan hari ini.

Menurut sumber polis, keempat-empat mereka dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan telah kembali ke Sandakan, Sabah hari ini.

Pembebasan keempat-empat mangsa tersebut daripada pihak militan dilakukan setelah beberapa pusingan rundingan antara kedua-dua pihak – Flipina dan Malaysia mencapai kejayaan.

c90815f1-1230-4cb3-ac39-74af2a707c08

Empat mangsa itu dikenali sebagai Wong Teck Kang, 31 tahun, Wong Teck Chii, 29 tahun, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21 tahun, dan rakan Wong Hung Sing, 34 rahun.

Keempat-empat mereka merupakan pekerja kapal tunda yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar kayu balak ke Filipina sebelum diculik.

Difahamkan, penculik meminta tebusan wang tunai RM18 juta sebagai syarat pembebasan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara tersebut. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru