Saturday, December 3, 2022

Bekas Menteri Besar Selangor, balas budi Pas

Secara Rawak

SUNGAI BESAR: Ada ubi ada batas, ada budi ada balas. Itulah prinsip yang dipegang oleh mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Tindakannya bagai menyokong calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar adalah bagi membalas budi parti Islam pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khalid yang menang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2013 bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang telah dipecat kerana enggan menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Akhirnya, PKR mencalonkan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan beliau. Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengimbas balik bagaimana semasa PRK Ijok pada tahun 2007 beliau yang tidak mengenali sesiapa, tetapi pemimpin dan ahli Pas dari kawasan terbabit, malah dari seluruh Selangor membantu untuk kempen pilihan raya yang ditandinginya.

13343144_10154309069428901_2250523339793878101_n

“Walaupun saya kalah, tapi saya sangat berterima kasih kepada mereka. Ini satu usaha bagi membalas budi mereka yang mana mereka juga telah bersama­-sama saya semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan 2013. Alhamdulillah kita mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Khalid berkata tujuan utama beliau ke sini adalah membantu calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu. “Itu sebab saya datang berjumpa dengan pengundi Tionghua. Saya ingin nyatakan kepada mereka walaupun Dr Rani ahli Pas, tapi dalam tatacara kerja beliau sepanjang menjadi Adun dia tidak membezakan  sesiapa, sama ada dia ahli Pas ataupun bukan ahli Pas,” katanya.

Menurut Khalid, Adun Meru itu akan membela sesiapa sahaja walaupun dia dari parti Pas. “Dia tidak berikan kepentingan kepada parti, tetapi kepada pertolongan yang boleh diberi kepada masyarakat,” tambahnya.

Khalid berkata beliau tidak akan menyertai Pas atau mana-­mana parti lain kerana masih menunggu keputusan Pendaftar Pertubuhan sama ada pemecatan beliau daripada PKR sah atau tidak. Berkaitan peluang Pas untuk memenangi PRK Parlimen Sungai Besar, Khalid berkata Pas perlu bekerja lebih keras dalam pertandingan tiga penjuru pada 18 Jun  kerana persaingan kali ini adalah lebih sengit meskipun parti Islam itu kalah hanya dengan 399 undi kepada calon BN pada 2013.

Ketika itu Pas berada dalam Pakatan Rakyat, dan mendapat sokongan padu daripada PKR dan DAP sehingga memungkinkannya hampir menewaskan calon BN. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru