Thursday, October 6, 2022

Utamakan kebersihan dan kualiti kata Abang Johari kepada peniaga Bazar Ramadan

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini menyeru penjaja Bazar Ramadan d negeri ini agar mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan yang mereka jual.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri itu lagi, makanan yang disediakan dalam keadaan yang baik akan membolehkan para pengunjung berasa puas dan tidak teragak-agak untuk membeli produk-produk ini sepanjang Ramadan berlangsung.

“Malah ia dapat mengelak pembeli berhadapan masalah lain seperti keracunan dan sebagainya,” katanya ketika merasmikan Bazar Ramadan Satok dekat sini petang tadi.

Abang Johari berkata, aspek kebersihan dan penjagaan makanan amat penting dalam perniagaan seperti ini.

“Jujurlah dalam berniaga. Elakkan daripada menjual juadah yang tidak elok seperti makanan yang tidak habis pada hari kelmarin dijual balik pada hari ini.

“Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini boleh menyebabkan kesihatan masyarakat kita terjejas,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan, selain umat Islam, Bazar Ramadan kini turut menjadi tarikan bukan sahaja pelancong asing, malah rakyat pelbagai kaum.

“Ia umpama pesta yang menjadi tumpuan. Justeru itu, elakkan daripada berlaku tidak jujur kerana ia bukan sahaja merosakkan nama peniaga itu sendiri, malah memberi nama buruk kepada seluruh perniagaan yang ada di bazar tersebut.

Sebanyak 110 gerai terlibat dalam menjual pelbagai jenis juadah untuk masyarakat berbuka puasa di Kawasan Mini Garden DBKU tersebut.

Selain Satok, DBKU turut menjayakan Bazar Ramadhan di Sukma Ria dan Semarak,Kampung Gita. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru