Sunday, January 23, 2022

Serangan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia: Huckle dipenjara seumur hidup di London

Secara Rawak

LONDON: Pedofil Richard Huckle akan meringkuk di dalam penjara sepanjang hayat  selepas mengaku bersalah terhadap 71 kes penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia.

goodnessBagaimanapun, Huckle, 30, dijangka akan berada di penjara sekurang-kurangnya 23 tahun.

Mahkamah Old Bailey menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ‎terhadap Huckle, 30, selepas beliau mengakui melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dari 2006 hingga 2014.

Penyiasat mendapati lebih 20,000 gambar lucah dan tidak senonoh serta video memaparkan serangannya terhadap kanak-kanak dikongsi di seluruh dunia melalui sebuah laman web gelap.

Lelaki yang berasal dari  Ashford Kent  ini juga cuba membuat perniagaan dengan mengumpulkan gambar  tersebut dalam satu manual ketika ditahan Agensi Jenayah Kebangsaan pada Disember 2014

Huckle  dipercayai mendera sehingga 200 kanak terutamanya golongan miskin di Malaysia. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru