Tuesday, December 6, 2022

SEB harum nama Sarawak terima jenama paling lestari The BrandLaureate Awards 2015-2016

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sarawak Energy Berhad mengharumkan nama Sarawak apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Jenama Paling Lestari The BrandLaureate Awards 2015-2016 di sini pada malam Khamis.

Anugerah ini mengiktiraf kepimpinan syarikat utiliti milik Sarawak itu dalam penjanaan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui, setelah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sumber-sumber asli yang banyak di negeri ini.

Pembangunan sumber asli ini termasuk melibatkan kuasa hidro untuk menjana tenaga yang kompetitif di peringkat global selain mampan dan bersih.

Menurut kenyataan syarikat tersebut semalam, syarikat itu akan terus menyokong agenda pembangunan negeri, terutamanya Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi negeri dengan menarik pelaburan asing.

se

“Seterusnya menyediakan peluang perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Penerima Anugerah BrandLaureate Jenama Paling Lestari adalah kalangan syarikat yang menjadi pemimpin pasaran dengan jejak antarabangsa.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kehadiran Sarawak Energy Berhad di rantau ini, dan membuktikan ia diterima secara positif.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Korporat SEB, Aisah Eden hadir mewakili pihak syarikat menerima anugerah tersebut.

Mengulas pencapaian tersebut, Aisah berkata, anugerah ini tidak boleh datang pada masa yang lebih baik.

“Sektor tenaga di Sarawak telah memulakan proses transformasi besar-besaran sejak tahun 2010 untuk menjadi sebuah syarikat moden dan tangkas dan ini termasuk mengukuhkan dan meletakkan jenamanya sebagai salah satu daripada pemaju tenaga boleh diperbaharui yang utama di rantau ini terutama dalam bidang kuasa hidro yang bersumberkan rangkaian sungai.

“Sehubungan itu,kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Penjenamaan Asia Pasifik kerana mengiktiraf usaha kami.

“Dan sebagai sebuah organisasi yang mampan, kami akan terus untuk meletakkan standard yang tinggi selain memastikan amalan perniagaan dan operasi kami berpandukan amalan dan piawaian kemampanan antarabangsa yang terbaik,” katanya. – Sarawakvoice.com

se2

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru