Thursday, September 29, 2022

Tiada puasa dalam mencari rezeki, kata Pegawai Daerah

Secara Rawak

KABONG: Bulan puasa bulan untuk mencari pahala namun tiada istilah ‘berpuasa’ dalam soal mencari rezeki.

Itu mesej ringkas Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Kabong, Mohd Chee Kadir ketika merasmikan Pasar Nur Ramadan Kabong petang semalam.

Menurut Kamaludin, dugaan menjalani ibadah puasa tidak harus dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga lebih-lebih lagi untuk persiapan untuk sambutan lebaran pula sebaik berakhir Ramadan.

“Dalam kita menjalani ibadah puasa, tanggungjawab dalam mencari rezeki untuk keluarga perlu diberi perhatian agar ibadah yang kita lakukan selari dengan tuntutan agama dan tidak mengabaikan kebajikan keluarga.

“Pengwujudan Pasar Ramadan ini objektitnya untuk memberi ruang kepada penduduk berniaga sambil menjalani ibadah puasa. Para peniaga harus bijak menggunakan peluang yang disedaikan untuk menambah pendapatan,”ujarnya.

Pasar Ramadan yang dirasmikan beroperasi di dua lokasi berbeza dengan dua pengisian berbeza.

Lokasi pertama pasar berkenaan menempatkan peniaga yang menjual ikan segar dan juga pebagai juadah berupa lauk pauk.

Manakala di lokasi kedua menempatkan peniaga yang menjual kuih-muih dan juga pakaian.

Kesemua gerai berkenaan akan beroperasi sepanjang bulan puasa manakala gerai yang menjual bahan segar akan terus beroperasi walaupun setelah berakhir Ramadan kelak.

Sempena pelancaran Pasar Nur Ramadan Kabong, turut dilangsungkan majlis penyerahan surat tawaran pembinaan bantuan rumah untuk penduduk miskin, penyerahan bantuan tong 1 Malaysia dan juga sijil penghargaan untuk bekas ketua kaum dan masyarakat di daerah itu. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru