Monday, August 8, 2022

Presiden Filipina sokong rakyat milik senjata api, tembak sendiri penjenayah dan pengedar dadah

Secara Rawak

MANILA, Filipina: Presiden Filipina yang dipilih rakyat, Rodrigo Duterte terus membuat kejutan, kali ini dengan menggalakkan orang awam memiliki senjata api.

duterte_for_ann5Kedengaran seperti dalam cerita koboi, tetapi memetik agensi berita AP, Duterte yang terkenal sebagai si mulut lancang membuat kenyataan tersebut bagi membolehkan orang awam membantunya memerangi jenayah, dengan menembak dan membunuh mana-mana pengedar dadah yang menentang tangkapan polis di kejiranan mereka.

Duterte memberitahu penyokongnya ketika meraikan kemenangannya lewat petang semalam di selatan bandar Davao.

Malah beliau memberitahu, rakyat Filipina yang membantunya dalam usaha memerangi jenayah akan diberi ganjaran.

“Sila hubungi kami, pihak polis, atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api. Saya akan menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapan yang disiarkan di seluruh negara.

Dengan pendekatan yang ternyata 360 darjah daripada mana-mana pemimpin moden lain, Duterte yang sebelum ini membuat kenyataan yang kontroversi mengenai media dan kewartawanan, turut memberi amaran akan menyelongkar pembabitan polis dalam aktiviti pemerdagangan dadah di negara itu.

Duterte, 71 tahun memenangi pilihan raya Presiden 9 Mei lalu selepas berjanji menamatkan jenayah dan rasuah dalam tempoh enam bulan sebagai Presiden.

Polis menganggap kenyataannya itu sekadar retorik kempen yang mustahil untuk dicapai. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru