Pertandingan empat penjuru beri kelebihan kepada BN, kata Lim Guan Eng

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BUKIT MERTAJAM: Setiausaha Agung DAP menerima hakikat bahawa  pertandingan empat penjuru bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada 18 Jun ini.

lim guan engLim Guan Eng berkata ini dapat dilihat apabila Pas yang kini bukan lagi sekutu DAP lebih bersedia menentang pembangkang sendiri dalam pertandingan itu berbanding menentang BN.

“Tentu di sini kita lihat ada kelebihan pada BN. Lebih-lebih lagi bila sekarang Pas tak lawan BN lagi, Pas nak lawan pembangkang saja, jadi tentu ini beri kelebihan kepada BN,” katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang  berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Perkampungan Permatang Tinggi di Bukit Mertajam, semalam.

Lim  berkata pihaknya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan akan terus berusaha dan membantu jentera Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya itu.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 1,086 undi.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PAS, Amanah dan Bebas.

BN menampilkan Datin Mastura Mohd Yazid yang akan ditentang Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah Ahmad, Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei. – Sarawakvoice.com

Terbaru