Thursday, September 29, 2022

Perkukuh hubungan sesama insan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata umat Islam di negara ini perlu mengambil peluang bersempena bulan Ramadan untuk memperkukuhkan hubungan sesama insan khususnya yang kurang berkemampuan.

13315806_10153546521960952_3434350699730826938_nDatuk Seri Najib Razak dalam perutusan Ramadannya berkata umat Islam memang dituntut untuk mempertingkatkan sumbangan dan khidmat kepada mereka yang memerlukan pada bulan yang mulia ini.

Perutusan beliau dimuat naik dalam laman web www.najibrazak.com, semalam.

“Kita bersyukur kerana umat Islam di Malaysia sentiasa dapat menyumbang dan membantu saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dari dalam dan luar negara.
Melalui sumbangan ini, menurut Perdana Menteri kita dapat merasai kesusahan golongan yang tidak berkemampuan.

Katanya: “Puasa ini sebenarnya mampu meningkatkan tahap insan manusia untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka dengan golongan yang kurang berkemampuan.”

Najib turut mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil peluang bersempena bulan Ramadan untuk mengukuhkan aspek kerohanian bagi mencapai kejayaan dalam aspek kehidupan yang lain.

Ibadah puasa, katanya, telah terbukti dapat melatih manusia supaya sentiasa bersabar untuk menghadapi sebarang bencana dan pergolakan hidup.

“Bahkan, puasa juga melatih kita agar menepati masa terutamanya ketika bersahur dan berbuka puasa,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap agar bulan Ramadan tahun ini dapat mengangkat ketakwaan umat Islam melalui ibadah berpuasa.

“Semoga negara kita mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini.

“Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa,” katanya. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru