Sunday, December 5, 2021

Kerosakan eskalator gemparkan penumpang di Lapangan Terbang Miri

Secara Rawak

MIRI: Para penumpang dan orang ramai di Lapangan Terbang Miri gempar seketika petang semalam apabila escalator di lapangan terbang terbabit tiba-tiba mengalami kerosakan.


162e6c10-3f1b-440e-ac49-e6174ed2f940Dua orang lelaki berjaya menyelamatkan diri kerana bertindak pantas dengan menyelamatkan diri.

Jika tidak, dipercayai bahawa kejadian itu boleh membawa kecederaan teruk.

Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, dua lelaki yang hendak berlepas dari lapangan terbang berkenaan  menaiki escalator itu.

Menurut seorang saksi, tindakan pantas lelaki berkenaan apabila melihat escalator itu bagai ‘berderai’ menyelamatkan kejadian buruk daripada menimpa mereka.

Lelaki di belakang yang seorang lagi telah segera berteriak apabila melihat perkara itu berlaku, dan kedua-dua mereka terjun menyelamatkan diri.

Seorang lelaki  berkata, dia mendengar bunyi kuat dan keadaan sekitar bagai bergegar.

Dia hanya mengetahui puncanya apabila orang ramai berkumpul menyaksikan kejadian berkenaan yang menimbulkan kekecohan ketika orang ramai hendak kembali ke destinasi mereka selepas meraikan Gawai Dayak dan bercuti panjang. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru