Thursday, May 19, 2022

Rakyat Sabah pejuang sebenar, elak pencerobohan musuh asing

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata rakyat Sabah, tanpa mengira etnik merupakan pejuang sebenar yang sanggup mempertahankan negeri berkenaan daripada ancaman dan pencerobohan musuh asing.

Rakyat Sabah yang menikmati kemajuan sejak kemerdekaan pada 1963 merupakan pejuang sebenar yang sanggup mempertahankan setiap inci negeri itu daripada dicerobohi mana-mana pihak, kata Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merujuk kepada lagu ‘Anak Kampung’ nyanyian Jimmy Palikat pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2016.

Jimmy, penyanyi kelahiran Sabah, menyampaikan lagu berkenaan di majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Pelancongan Malaysia di sini, malam tadi.

“Lagu ‘Anak Kampung’ ini sangat popular di seluruh negara, tetapi liriknya saya kurang setuju kerana ia menunjukkan sifat seseorang yang cepat sangat nak menyerah kalah…tapi itu lagu sahaja. Orang Sabah ini adalah pejuang sebenarnya,” kata Najib semasa berucap merasmikan majlis rumah terbuka itu.

Mengulas sektor pelancongan Sabah, Perdana Menteri berkata, Sabah berpotensi memajukan sektor pelancongan  berikutan kerajaan melaksanakan pelbagai projek besar di negeri itu.

Antara projek kerajaan yang akan memberi manfaat kepada Sabah, menurut Najib ialah pembinaan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang dijadual siap pada 2018, Lebuh raya Pan Borneo dan pelbagai projek lain. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru