Friday, September 30, 2022

Pesawat Malindo dari KL ke KK mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kerana kekurangan minyak

Secara Rawak

KUCHING: Sebuah pesawat Malindo yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Kinabalu terpaksa balik dan mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kerana kekurangan bekalan minyak, setelah mengharungi cuaca yang buruk.

maxresdefaultMenurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan daripada Bomba Lapangan Terbang sekitar jam 5.16 petang tadi dan dua jentera diaturgerakkan segera ke ke lapangan terbang berkenaan untuk bantuan dan sokongan.

Pada jam 5.38 petang, menara kawalan lapangan terbang melaporkan pesawat tersebut telah berjaya melakukan pendaratan dengan selamat.

Difahamkan sehingga jam 7 malam tadi, pesawat berkenaan yang telah diisi minyak masih belum mendapat kebenaran untuk meneruskan penerbangan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru