Awas dengan lelaki ini yang ketagih seks dengan kanak-kanak

0
16

KUCHING: Mangsa seksnya termasuk kanak-kanak berusia enam bulan. Antara keganjilan mereka ialah suka mengambil gambar lucah dan gambar bogel kanak-kanak.

Golongan pedofil yang ketagih seks dengan kanak-kanak dilabelkan sebagaio pedofolia, iaitu mereka yang mengalami gangguan dari segi mental.

Mereka yang mengalami gangguan berkenaan biasanya sekurang-kurangnya berusia 16 tahun, tetapi orang dewasa terbabit perlu berusia sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua.

Pada 2008, kajian berkata, kebanyakan pesakit berkenaan tidak dapat diubati, tetapi langkah mengubati adalah dengan mengubah pelakuan mereka, namun ia tidak dapat mengubah daya tarikan seks mereka.

Dikatakan terdapat satu peratus daripada golongan dewasa lelaki ialah pedofil.

Dalam kes Richard Huckle, 30, yang kini berdepan hukuman penjara sepanjang hayat, dia menyimpan sehingga sebanyak 20,000 imej lucah dalam komputernya. Huckle mengongsikan sebahagian daripada gambar dan komen berkenaan dengan rakan yang punya minat yang sama.

Antaranya: “It’s quite amazing to have stuck with the same child lover for so many years and l hope, from the images you have seen, enjoy watching her grow.”

“It’s not often in child porn you can compare the bodies of a 5yo and a 12yo that are the same girl. I’m sure l’ll have plenty more sex with  (her) in the future.”

Komennya adalah juga berkaitan kanak-kanak dari Kemboja, Jepun dan India.

Huckle banyak melancong ke pelbagai tempat di negara ini, termasuk Negeri Sembilan, Pahang dan Langkawi.

Menurut satu dakwaan, Huckle yang menggunakan nama samaran ‘huckool’ berkata, telah bercakap besar bahawa dia telah mendapat jackpot, iaitu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang begitu setia dengannya seperti anjing, dan tidak ada orang yang peduli.

Huckle berdepan 91 tuduhan termasuk 23 kes kanak-kanak di Kuala Lumpur, ketika menjadi guru bahasa Inggeris. Mangsanya berusia antara enam bulan hingga 12 tahun, dan jenayah itu dilakukan antara 2006 hingga 2014.

goodnessHuckle daripada keluarga kelas menengah, ditahan di  Lapangan Terbang Gatwick di London pada Disember 2014, ketika kembali dari Malaysia untuk menyambut perayaan Krismas.

Di mata orang biasa, pelaku seks berkenaan  berkelakuan seperti orang biasa, dan bergaul secara normal, tetapi di sebalik wajah mereka terdapat pelakuan hodoh dan jelek.

Ketika di ibu negara, Huckle dikatakan turut mengunjungi beberapa buah gereja, dan mengambil banyak gambar kanak-kanak.

Di London, ibu bapa Huckle telah menjual rumah mereka kerana tidak tahan dengan tekanan sosial sebaik berita pelakuan anak mereka tersebar dengan meluas dan menjadi sensasi. – Sarawakvoice.com