Saturday, October 8, 2022

Tragedi malam Gawai ragut satu jiwa di Kampung Plaman Dunuk

Secara Rawak

PADAWAN: Sambutan Gawai Dayak di Kampung Plaman Dunuk, dekat sini tercemar menjelang sambutan tersebut semalam apabila seorang lelaki maut ditetak, dalam satu pergaduhan yang dikatakan berpunca daripada mabuk.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Choo Yin Kok berkata, kejadian itu berlaku sekitar tengah malam menjelang Gawai apabila mangsa dan suspek yang mabuk dikatakan bertengkar berkaitan isu yang tidak dipastikan.

“Menjelang tengah malam,suspek seorang buruh berusia 53 tahun, muncul di hadapan rumah mangsa dalam keadaan mabuk dengan membawa sebilah parang lalu menetak leher kanan mangsa, yang kemudian dikenal pasti sebagai Sasok Bayur, seorang pekerja kontrak berusia 53 tahun.

“Polis dan paramedik bergegas ke lokasi kejadian apabila dimaklumkan tentang kejadian itu dan mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa.

Menurut Choo, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk proses bedah siasat.

Polis sedang memburu suspek yang telah melarikan diri sejurus insiden tersebt dan polis mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru