Monday, November 28, 2022

Tiga penjuru di Sungai besar, Ustaz Azhar calon Harapan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (Harapan) mengumumkan calonnya dari Parti Amanah Rakyat (Amanah) bagi menyahut pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Di Dewan Sri Sekinchan, Presiden Amanah Mohamad Sabu mengumumkan Ustaz Azhar Abdul Shukur sebagai calon pada Rabu malam.

Azhar, 51 Pengerusi Amanah Sungai besar, memegang Ijazah Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam dari Karachi Pakistan.

Beliau menjadi pengarah di beberapa syarikat, serta terlibat dalam dunia pendidikan Islam di beberapa sekolah.

Turut hadir pada majlis pengumuman tersebut ialah Preseden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat Amanah Ustaz Ahmad Awang, pemimpin DAP Lim Kit Siang, Anthony Loke, Rafizi Ramli dan Saifuddin Abdullah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat serius mahukan pertandingan satu lawan satu di Sungai Besar, tidak hadir di majlis berkenaan kerana masih berada di London menghadiri majlis graduasi anak beliau.

Azmin hanya pulang pada pagi Ahad, ketika berlangsung hari penamaan calon.

Pada masa yang sama, Wan Azizah berkata mereka juga menasihati Azmin tidak menghadiri majlis tersebut demi menjaga hubungan baik kerajaan Selangor dengan PAS.

PAS masih berada dalam kerajaan Harapan di Selangor yang dipilih oleh rakyat dahulu.

Berikutan kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PRK diadakan serentak pada 18 Jun dengan penamaan calon diadakan 5 Jun.

Kedua-dua penyandang, Datuk Noriah Kasnon Parlimen Sungai Besar dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad anggota Parlimen Kuala Kangsar meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sebelum ini, PAS pada Jumaat minggu lepas, mengumumkan Abdul Rani Osman ADUN Meru sebagai calon parti itu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan kira-kira 500 penyokong parti di Markas PAS Simpang 5, Sungai Besar.

Sungguhpun begitu, terdapat perwakilan Dewan Ulama PAS mempersoalkan justifikasi pemilihan Abdul Rani sebagai calon yang dianggap sebagai “harum manis lawan harum manis”.

Harum manis biasanya merujuk kepada anggota PAS yang dilihat cenderung atau simpati dengan Amanah.

Manakala, BN pula mengemukakan ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi sebagai calon.

Sungai Besar memiliki 67.18 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (31 peratus), pengundi India (1.91 peratus dan kaum lain (0.23 peratus).

Harapan masih belum menentukan calon mereka bagi kerusi Parlimen P067 Kuala Kangsar yang mungkin menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Harapan mengumumkan calon Kuala Kangsar, Khamis, 9 malam di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru