Thursday, June 30, 2022

Sejauh mana kita ikhlas membentuk bangsa Malaysia yang patriotisme?

Secara Rawak

Dr Lee Kuok Tiung, UMS
Dr Lee Kuok Tiung, UMS

Hanya buang masa bercerita, sekiranya identiti “bangsa Malaysia” yang ingin dicapai pun tidak jelas. Akibatnya rakyat

Generasi baharu telah dilontarkan dengan pelbagai tohmahan tidak patriotik atau tidak menghayati nilai patriotisme.

Agaknya, mengapa tidak dipertimbangkan generasi baharu masa kini memiliki kesedaran yang lebih tinggi serta mempunyai pendekatan yang berlainan untuk menunjukkan semangat patriotisme?

Mustahil perpaduan kaum di Malaysia hanya olok-olok, meskipun ada kes yang mencerminkan hubungan kaum di Malaysia ini sebagai ‘stable tension.’

Hanya individu yang “kenal Cina” sahaja menyempitkan pemandangan mereka terhadap kes terpencil untuk menggambarkan keseluruhan rakyat Malaysia.

Para penyelidik tidak seharusnya bergantung pada laporan akhbar untuk merumuskan sesuatu isu.

Gaye Tuchman (1978) menyatakan “news is a window on the world” dan realiti yang diberitahu media tidak mencerminkan realiti dunia sebenar.

Negara bangsa Malaysia yang ingin terbentuk mestilah negara bangsa Malaysia dan bukannya konsep negara bangsa “copy cat” daripada mana-mana negara kerana setiap negara mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Hanya buang masa bercerita, sekiranya identiti “bangsa Malaysia” yang ingin dicapai pun tidak jelas. Akibatnya rakyat Malaysia terkial-kial tanpa arah.

Lebih membimbangkan apabila masing-masing akan merujuk kepada kamus sendiri untuk tampil dengan formula atau cara tersendiri yang selalunya juga dilihat hipokratik.

Tiada makna mengagung-agungkan negara asing yang kita sendiri pun tidak pasti sejauh mana keberkesanan formula mereka apatah lagi wujud kemungkinan pengamatan kita berlandaskan premis yang kurang tepat atau dipengaruhi oleh rasa bias.

Benarkah model negara bangsa Indonesia sesuai untuk Malaysia selepas kita melihat rusuhan yang berlaku pada 1998 hasil krisis kewangan Asia 1997.

Sehingga kini kita juga bersyukur tidak berlaku seperti insiden pengeboman di Bali.

Begitu juga ada kalanya terasa sangat agenda patriotisme seolah-olah merupakan suatu topik bermusim di Malaysia, walhal ia seharusnya diberi perhatian dan dibincangkan sepanjang tahun.

Polemik yang paling besar yang harus diatasi terlebih dahulu adalah dengan kelompangan ilmu berkenaan, apakah itu patriotisme untuk memberikan kefahaman yang jelas serta mengelak sebarang kekeliruan.

Perkara yang menyedihkan jelas dilihat sehingga hari ini ialah makna patriotisme itu tertakluk kepada interpretasi masing-masing.

Walhal, seharusnya kita mengelola idea dan pandangan yang ada, yakni menguruskan perbezaan dengan mencari di manakah persamaan yang boleh dijadikan titik permulaan. Sekiranya kita berproksi kepada mencari perbezaan, selama-lamanya isu ini tidak selesai.

Begitu juga halnya dengan tiada lagi suatu mekanisme penilaian yang standard boleh diguna pakai untuk mengukur tahap patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Buat masa ini, rata-rata kita menilai berdasarkan perspektif yang berteraskan kepada kepentingan diri dan agenda tersirat yang ingin dicapai.

Memang benar sejarah itu berperanan penting sebagai asas patriotisme. Bagaimana jikalau sejarah itu sendiri telah dinodai dengan agenda tersembunyi.

Perlu ada kesedaran bahawa sejarah itu bukan milik eksklusif sejarawan dan media sosial membantu menulis semula sejarah Malaysia terutama hasil desakan dan penemuan baharu yang dikongsikan oleh komuniti alam maya.

Partisipasi daripada semua masyarakat Malaysia harus diambil kira demi menentukan hala tuju negara.

Ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada “Adenan Way” di Sarawak.

Hal yang diperkenalkan oleh beliau bukan semuanya sesuatu yang baharu, tetapi ia pendekatan sama yang telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu 1957 dan pembentukan Malaysia 1963. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru