Saturday, May 21, 2022

Pedofil warga Britain cabul puluhan anak miskin Malaysia

Secara Rawak

LONDON: Richard Huckle, 30 mengaku mencabul dan membuat serangan seks terhadap kanak-kanak semuda 6 bulan, sebahagiannya datang dari keluarga miskin di Malaysia.

Huckle yang berdepan hukuman penjara seumur hidup mengambil gambar dan video mangsa yang dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web.

goodness
Richard Huckle

Penyiasat menemui lebih 20,000 imej tidak senonoh, lejar menyimpan maklumat mangsa dan serangan serta manual catatannya bertajuk “Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide”.

Pedofilia berasal daripada bahasa Yunani iaitu “pais” yang bermaksud “anak-anak” dan “philia” bererti “persahabatan”.

Pelaku pedofil merupakan orang dewasa yang memiliki orientasi seksual terhadap anak-anak yang belum memasuki usia baligh, umumnya berusia 13 tahun ke bawah.

Bagi kes Huckle, AFP melaporkan sebelum ini berhadapan 91 dakwaan termasuk terhadap 23 kanak-kanak berasal dari Kuala Lumpur, tempat dia pernah menjadi guru bahasa Inggeris.

Maklumat terperinci pelakuan Huckle dibentangkan pada hari pertama sesi pendengaran menjatuhkan hukuman di mahkamah London pada Rabu.

Pendakwa raya, Brian O’Neill berkata gambar mangsa yang terpedaya berusia 6 bulan sehingga 12 tahun diambilnya sepanjang 2006-2014 dikongsi dengan pedofil yang lain.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014 sekembalinya dari Malaysia untuk cuti Krismas .

Hakim Peter Rook mempertimbangkan kemungkinan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah yang dilakukan Huckle berat.

Di dunia maya, predator online, atau pelaku pedofil sudah menjadi ancaman berat.

FBI mengesan dua jenis pelaku pedofil di internet iaitu mereka yang menginginkan pertemuan bersemuka dengan mangsa, dan satu lagi pedofil yang mengumpul dan bertukar foto porno kanak-kanak dengan pedofil lainnya.

Di Boston, lelaki diputuskan bersalah menculik kanak-kanak untuk dibunuh, dimasak dan dimakan (kanibalisme).

Terminologi pedofilia menggambarkan erotisme orang dewasa terhadap kanak-kanak pertama kali digunakan oleh psikiatris Vienna, Richard von Krafft-Ebing, dalam tulisannya berjudul Psychopathia Sexualis 1886. – Sarawakvoice.com

size_960_16_9_yrmex

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru