Monday, November 28, 2022

PAS-Ulama tidak terpisah — Ustaz Idris Ahmad

Secara Rawak

TOK BALI: Ulama seharusnya terus menjadi mata rantai perjuangan PAS. Apabila timbulnya sebarang isu, Dewan Ulama perlu keluarkan kertas untuk dibincang, yang kemudiannya diambil keputusan oleh PAS Pusat

“PAS dan Ulama sememangnya tidak dapat dipisahkan,” menurut Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) ke-55 pada Selasa.

“Kita beruntung kerana PAS disokong oleh ulama. Tahun 1959, apabila PAS menang di Kelantan, sekitar 95 peratus ulama di Kelantan menjadi calon dan wakil rakyat,” tambah beliau.

“Orang yang mengaji agama kebanyakannya sokong PAS walaupun ibu bapa mereka Umno. Kalau mengaji agama, ikut Umno, itu tak betul. Mengaji agama sinonim dengan PAS,” ujar Ustaz Idris lagi.

13308595_1226721407338503_3002187142067175666_o

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulama PAS, Ustaz Nasarudin Hasan ketika berucap pada Muktamar DUPP berkata, “Kita tak perlu maki hamun, tapi kita mestilah menerangkan tentang matlamat, hala tuju, apa yang kita mahu laksanakan melalui wadah perjuangan ini.”

Beliau menambah, ulama hendaklah ada akhlak dengan Allah, manusia termasuk musuh.

“Kita praktiskan adab dan akhlak termasuk ketika hari penamaan calon dan berkempen” ujar beliau lagi.

Perwakilan Ulama Selangor Ustaz Nik Bakri Nik Mat pula semasa muktamar berkata, PAS harus mesti memposisikan tokoh ulama PAS dalam arus perdana masyarakat.

PAS ada ramai alim ulama yang mahir dalam pelbagai bidang, yang mampu mendepani cabaran masa kini dengan keilmuan agama yang tinggi pada diri mereka.

“Biar masyarakat nampak dan jelas posisi dan ketokohan ulama kita yang sudah pasti juga mampu menyelesaikan banyak isu semasa,” ujar Nik Bakri.

Muktamar Tahunan PAS ke-62 berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bermuka 31 Mei dan berakhir 3 Jun ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru