Monday, August 15, 2022

Jumpa PM dan keluarkan Johor dari Malaysia kalau tidak suka : TMJ

Secara Rawak

Jangan salahkan Negeri Johor oleh kerana kami telah wujud semenjak 1885 sebelum anda dibentuk pada 1957.

Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

Jangan salahkan Negeri Johor mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang… suka dan duka…

Jangan salahkan Negeri Johor jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup… kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu…

Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami…

13319978_632157460280890_7036756630420188634_n

Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana… Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami…

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda… kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan…

Ini pesanan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada orang-orang yang tidak senang dengan Negeri Johor.

“Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta’zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia.”

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru