Saturday, October 8, 2022

Dewan Pemuda seru ahli Amanah kembali, Dewan Muslimat usul putuskan tali PKR

Secara Rawak

KOTA BHARU: Selepas setahun berlaku perbalahan dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) menyaksikan ahlinya keluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), PAS masih mengharapkan mereka kembali kepada parti asal itu.

“Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis,” kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semasa ucapan penggulungan Muktamar Pemuda PAS ke-57 di Kota Bharu.

13332997_1226721430671834_6896338776848207076_n

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berdoa dan berharap mereka yang menyertai Amanah kembali merasai nikmat yang PAS rasai hari ini.

Nik Abduh berkata, “Mereka tak rasa lagi nikmat istilah ukhuwah, istilah agama yang kemas dan kukuh dalam al-Quran dan hadis.”

“Kerana sejarah PAS sendiri penuh dengan orang kembali selepas pergi. Kita harap insya-Allah‎ sahabat-sahabat kita kembali menikmati apa yang sedang kita nikmati,” katanya.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS meluluskan usul perwakilan Kedah untuk memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Antara alasan tindakan itu perlu diambil kerana PKR bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang ahlinya keluar PAS susulan krisis dalaman tahun lalu

Dewan Muslimat mendakwa, pandangan PAS tidak dihormati bermula dari langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar 2014.

PKR selama ini dikatakan banyak bergantung pada PAS dalam menggerakkan jentera terutama menjelang pilihan raya selama ini.

“Memandangkan sejak kebelakangan ini, PAS dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-lain,” menurut usul tersebut.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan BN-PAS-PKR di tiga tempat (Kakus, Jepak dan Lambir) dalam Pilihan Raya Kecil Sarawak baru-baru ini dianggap tidak wajar.

Meskipun PAS sudah menolak DAP dalam hubungannya bersama Pakatan Rakyat termasuk PKR, namun PAS masih mempunyai hubungan dengan PKR dalam politik Selangor.

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Salamiah Mohd Noor mahu usul tersebut dibawa ke Majlis Syura Ulama selepas PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru