Saturday, October 8, 2022

Boneka disangka bom, penerbangan Aegean Airline tertunda

Secara Rawak

LARNAKA: Pesawat Aegean Airline tertunda penerbangannya dari Lapangan terbang Larnaka, Cyprus apabila petugas bahagian kebersihan menemui kotak mainan dari Israel yang dipercayai bertulis perkataan “bom”.

Russian Today, melaporkan pada Rabu, petugas kebersihan pesawat milik syarikat Greece tersebut menemui sebuah kotak bertuliskan “booba” pada Selasa lepas.

Kotak tersebut ditemui di atas pesawat Aegean Airline yang dijadualkan terbang menuju Tel Aviv, Israel.

Dilaporkan, tulisan pada kotak tersebut ditulis dalam bahasa Ibrani yang bererti “boneka”.

Namun, petugas kebersihan tersebut salah membacanya dan memikirkan kotak tersebut bertuliskan perkataan “bomba” yang dalam bahasa Greece bermaksud “bom”.

Berpunca daripada salah faham tersebut, polis segera menghentikan operasi penerbangan bagi membolehkan mereka mengesan bahan peledak dan cuba mematikannya.

Selepas pihak keselamatan memastikan tidak menemui adanya objek mencurigakan, pesawat tersebut akhirnya mendapat keizinan untuk berlepas.

Reuters melaporkan, pihak berkuasa penerbangan awam Cyprus memeriksa (kotak mainan) dan ia tiada masalah.

“Berlaku penundaan penerbangan, namun tidak lama kemudian (peringatan adanya bom) dimansuhkan,” ujar jurucakap Aegean Airlines. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru