Friday, September 30, 2022

Anggota bomba cedera dalam kemalangan dua kereta di Jalan Taman Malihah-Taman Moyan

Secara Rawak

KUCHING: Dua lelaki, termasuk seorang anggota bomba cedera apabila kereta yang dipandu mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Taman Malihah-Bau berhampiran Taman Moyan, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, kereta Kelisa yang dipandu Domian Joll, 39 tahun yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bau dalam perjalanan dari Kuching ke Bau sebelum bertembung dengan sebuah Jeep yang dipandu seorang lelaki Cina berusia 55 tahun dari arah bertentangan.

Impak pertembungan tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut remuk di bahagian bonet hadapan.

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan dalam keadan stabil. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru