Usah bergantung kepada sektor tradisonal dan buruh asing, nasihat PM kepada syarikat swasta Malaysia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat swasta di negara ini digesa untuk tidak terlalu bergantung kepada buruh asing dan sektor-sektor yang terlalu tradisonal jika mahu terus kekal relevan dan bersaing dalam pasaran hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat-syarikat Malaysia sebaliknya perlu keluar untuk mencari perniagaan dan peluang baharu bagi memastikan perniagaan mereka berkembang lebih pantas.

Katanya, dalam konteks dunia yang semakin moden dan bersaing ini, perniagaan di Malaysia perlu memberi tumpuan kepada inovasi, kecekapan, produktiviti dan daya saing bagi membina ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

13319820_10153538890000952_5805324411226423353_n

” Ini akan membina ekonomi yang lebih mampan dan inklusif agar Malaysia boleh mengekalkan kelebihannya di rantau ini dan di luar lingkungannya,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada Anugerah Perniagaan ASEAN  Malaysia 2016 (ABAM 2016) di sini, hari ini.

ABAM 2016 dianjurkan Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf syarikat yang berjaya di peringkat kebangsaan dan terbukti menyumbang kepada ekonomi negara dengan berkembang ke rantau ASEAN.

Dalam ucapannya, Najib turut menggalakkan syarikat-syarikat tempatan merebut peluang besar yang ditawarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), sejajar kedudukan ASEAN sebagai ekonomi ketujuh terbesar dunia dan dijangka menjadi keempat terbesar menjelang 2050.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mewakili 97 peratus perniagaan di Malaysia. Jika cekap serta pantas, PKS ini berpotensi besar mencapai kejayaan, khususnya selepas penubuhan AEC,” katanya.

AEC diwujudkan pada 2015 dan disifatkan sebagai satu enjin pencapaian utama bagi penyepaduan rantau ini dengan gabungan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$2.6 trilion serta memiliki 625 juta penduduk. – Sarawakvoice.com

Terbaru