Sunday, December 5, 2021

Suasana pilu selubungi majlis pengebumian cucu Ketua Menteri Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Suasana pilu menyelubungi sekitar majlis pengebumian cucu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem di Tanah Perkuburan Orang Islam Samariang, dekat sini, tengah hari tadi.

bc807490-7cf0-403a-b4e3-94b680e17706Azreal Mahmud Fairbairn Hashnal Murshim, 22 tahun, merupakan anak kedua kepada Hayati Hamidah Adenan — anak Adenan dengan isteri pertamanya, Datuk Paduka Aishah Mahmud, adik kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak sekarang, Tun Abdul Taib Mahmud.

Azreal maut setelah kenderaan Toyota Vios yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sultan Tengah, awal pagi Ahad lalu. Turut maut, seorang penunggang motosikal.

Mayat mangsa disahkan melalui proses pengecaman DNA, setiba ibunya dari London dan bapanya dari Kuala Lumpur semalam.

Adenan yang turut hadir pada majlis tersebut, dilihat turut menitiskan air mata, manakala Hayati dalam keadaan teramat sedih.

Berikut adalah rakaman lensa Nazri Barserli, jurugambar sarawakvoice.com sepanjang majlis sedih itu berlangsung. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru