BUKIT MERTAJAM: “Tolong jangan viral lagi foto kemalangan. Harap maklum,” itu permintaan yang isteri kepada ahli keluarga dan sahabat kepada Allahyarham Lans Koperal Azemir Sidu, 36, yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan semalam.

Menurut isteri arwah,pihak keluarga masih terkejut dengan peristiwa yang berlaku dan penyebaran gambar kemalangan akan menyebabkan pihak keluarga terus memgalami trauma.

“Saya juga ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap suami saya selama berada di bumi Allah ini.

“Kepada kawan dan keluarga di Sarawak, terima kasih atas ucapan takziah. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Halalkan segala makan minum dia bersama-sama rakan-rakan,” tulisnya lagi dalam catatan terakhir pada laman facebook suaminya semalam.

7d49284b-edbb-407f-86f7-a68cd3bae0deAzemir yang berasal dari Dalat, Sarawak bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Dalam kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu, Azemir dipercayai sedang menunggang motosikal dari Padang Lalang menuju ke tempat kerja di Jalan Perda Utama sebelum hilang kawalan di atas jejambat Jalan Sungai Rambai, lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Impak kemalangan itu menyebabkan Azemir terjunam 10 meter dan memgalami kecederaan di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

Jenazah Azemir disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Padang Lalang, Simpang Ampat, dekat sini, petang semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor. – Sarawakvoice.com