Saturday, October 23, 2021

Bot karam, seorang lelaki hilang, dua selamat di Sungai Kampung Ladang ketika hendak ziarahi kubur

Mesti baca

LAWAS: Niat tiga lelaki termasuk dua beradik untuk menziarahi dan membersihkan kubur saudara mereka sebelum sambutan bulan Ramadan minggu hadapan bertukar tragedi apabila bot yang dinaiki mereka karam di Sungai Kampung Ladang, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 8 pagi itu, ketiga-tiga lelaki yang berasal dari Kampung Karangan tersebut sedang menaiki bot untuk ke seberang sungai sebelum bot tersebut dimasuki air dan diasak arus deras.

Setelah terjun ke dalam sungai, dua daripada penumpang bot berkenaan; Sirat Alias, 44 tahun dan Nasir Osman, 30 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang di tebing manakala Asraf Alias, 20 tahun masih hilang tanpa dapat dikesan.

Kejadian kemudian dilaporkan Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas Inspektor Idrus Arsat, 3 orang lelaki dari Kampung Karangan Lawas telah menaiki sebuah bot untuk ke Kubur yang terletak di Seberang sungai,dipercayai karam dibawa arus sungai yang deras.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.34 pagi dan seramai tiga anggota yang menaiki pacuan empat roda dan bot dikejarkan ke lokasi, yang terletak 17 km dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian pihak bomba pantas melakukan operasi mencari dan menyelamat , yang turut melibatkan dua bot milik penduduk dan lima orang awam.

“Turut terlibat, tujuh anggota polis dari balai berdekatan,” katanya.

Bagaimanapun setakat jam 1.30 petang ini, operasi masih belum menemui sebarang petunjuk. – Sarawakvoice.com

Secara Rawak

Artikel Terbaru