Saturday, December 3, 2022

Laporan SPRM Rafizi membelah retak PKR

Secara Rawak

PETALING JAYA: Untuk isu terbaru ini, segalanya bermula dengan dakwaan munculnya mesej “rahsia” dalam kumpulan WhatsApp ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibocorkan kepada umum.

Apabila telinga dan mata tertumpu kepada Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli mengesahkan dia menulis mesej, mendakwa mendapat maklumat bahawa “wang dan wanita” dituntut dalam urusan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Selaku Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali mengecam mesej tersebut dan menganggapnya tiada bukti. Azmin menganggap ia kerja kotor kempen secara sistematik memburukkan kerajaan pimpinan beliau.

Kurang seminggu lagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan 5 Jun, Ahad ini, Rafizi menyahut cabaran dan memenuhi permintaan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar melaporkan tuduhan rasuah tersebut kepada badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Memang jarang pemimpin parti membuat laporan terhadap ahli sendiri, bagaimanapun beliau menegaskan begitulah sepatutnya keadilan dilihat berjalan.

“Sebagai Setiausaha Agung, saya telah dibenarkan oleh biro politik parti membuat laporan salah laku ahli kita sendiri,” kata Rafizi merujuk kepada mesyuarat biro politik bersama Wan Azizah.

Bagi Rafizi ia seharusnya menjadi budaya, berlaku adil kepada kerajaan negeri dan SPRM.

Bagi Pengarah komunikasi parti Fahmi Fadzil laporan Rafizi kepada SPRM tidak merujuk kepada mana-mana wakil rakyat atau penjawat awam negeri.

Jadi, tidak timbul masalah konflik dalaman PKR.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menganggap tindakan Rafizi membuat laporan ini membanggakan dan menambah ia tidak menjejaskan PRK berkembar yang akan berlangsung minggu depan.

Kata Khalid, “Ini menunjukkan Harapan ialah parti yang mempunyai ketelusan, akauntabiliti dan ia mahu menjadi kerajaan yang bersih.

Namun, setenang air di permukaan, benarkah tidak beriak di dasarnya. Penganalisis melihat, selangkah Rafizi ke depan, ia sudah berpotensi mengancam untuk perpecahan parti seterusnya. Retak sudah, belahnya hampir?

Bayangan perbalahan dalaman PKR sudah nampak retaknya semasa penamaan calon bertindih sesama PH pada PRN Sarawak yang lepas.

Sementara, Dalam Deklarasi Rakyat, Azmin dilihat umpama perantis yang mahu menghulur tangan perdamaian dengan mentor asalnya, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Beberapa tindakannya terlalu ke depan daripada reformasi dan membayangi presiden serta penasihat parti.

Perselisihan dalaman parti — Azmin di satu pihak dan Azizah di pihak satu lagi — sudah menjadi rahsia yang terbuka.

Benarkah adanya “kutikan” pada jawatan MB Selangor dengan penjawat yang meninggalkan kerusi tersebut berdepan kemelut.

Mungkinkah Azmin boleh merenung nasib yang sama selepas isu “dakwaan seks dan wang” dipanjangkan kepada SPRM?

Dalam rumah tangga PKR, sumber menyebut terdapat ketakutan umum Azmin secara perlahan-lahan mengambil kawalan parti.

Timbalan Presiden PKR itu sudah mengukuhkan 70 peratus kedudukannya dalam parti.

Azmin dikatakan berdiri teguh sekarang dan tidak mengejutkan jika beliau mengambil alih jawatan presiden dari tangan Wan Azizah dalam pemilihan parti akan datang.

Ramai melihat orang kuat Anwar kini sudah ramai berada dalam kem Azmin.

Adakah Azmin harapan baru bagi PKR apabila mereka merasakan PKR perlu bergerak ke tahap lebih tinggi dan bukan menjadi alat untuk agenda Anwar sahaja?

Silap perhitungan, pemerhati mengatakan hari Rafizi sebagai Setiausaha Agung parti boleh dihitung.

“Percayalah dia akan dipanggang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi akan datang,” kata satu sumber. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru