Thursday, May 19, 2022

Penyertaan 9 calon langsung ke dalam PBB belum diputus, tunggu keputusan Majlis Tertinggi 5 Jun : Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan kesemua permohonan untuk menyertai parti itu daripada calon-calon langsung Barisan Nasional (BN) telah diluluskan.

Menurutnya, Majlis Tertinggi parti akan bermesyuarat pada 5 Jun ini bagi menentukan kedudukan mereka, terutama tiga ahli bekas Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang telah tidak diterima peletakan jawatan mereka dalam parti asal.

Tiga Adun tersebut ialah Datuk Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnical Rayong Ngipa.

Berdasarkan pengalaman, katanya parti itu akan meminta calon-calon terbabit membuat pertimbangan seluas-luasya sebelum membuat keputusan, termasuk bertanya kepada akar umbi rakyat yang diwakili.

“ Saya mengambil contoh pada Pilihan Raya Negeri 1987 apabila tiga calon yang menang – Datuk Sri Balan Seling, Datuk Michael Ben dan Datuk Gramong Juna memohon untuk memyertai parti ini.

“ Kita tidak terburu-buru dan meminta mereka untuk kembali kepada rakyat sebelum membuat keputusan,” katanya ketika ditemui pada sidang media berhubung hal-hal berkaitan perumahan dan urbanisasi di pejabatnya di sini pagi tadi.

Abang Johari menjelaskan,PBB sudah mempunyai 40 kerusi dan tidak akan bersikap tamak dalam hal ini.

“ Tetapi kita tidak boleh hendak menolak jika mereka hendak memohon menjadi ahli,” katanya lagi.

Setiap mereka ini katanya, mempunyai alasan tersendiri untuk menyertai PBB.

8f039796-d780-427c-a109-bfc064ac929c

Walaubagaimanapun kata Menteri Perumahan dan Urbanisasi itu lagi, PBB juga tidak mahu memikul beban yang dibawa oleh ahli-ahli ini jika mereka mempunyai masalah dalaman dengan parti asal mereka.

Mengenai tindakan penolakan peletakan jawatan oleh tiga Adun UPP tersebut, Abang Johari berkata, ia terpulang kepada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sebagai Pengerusi BN Negeri untuk membuat keputusan mengenainya.

“Beliau seorang yang berpengalaman dan saya yakin beliau dapat mencari jalan penyelsaian yang bijak.

“Apa-apa pun kita masih dalam kerajaan yang sama, cuma bertukar rumah sahaja,” tambahnya.

Sebanyak 9 daripada 11 calon langsung BN yang bertanding pada pilihan raya negeri yang lalu telah membuat keputusan menyertai PBB – parti yang paling kukuh dan stabil dalam komponen BN ketika ini.

Jika diluluskan, parti itu akan mempunyai 49 kerusi sekali gus menguasai 59.7 peratus daripada kuasa dalam Dewan Undangan Negeri.

Ketika ini Parti Rakyat Sarawak (PRS) mempunyai 11 Adun, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 7 dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)mempunyai 3 Adun.

Selain 11 adun langsung BN tanpa parti, pembangkang mempunyai 10 kerusi dengan tujuh dimiliki oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan tiga Parti Keadilan Rakyat (PKR). – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru