Gayu guru gerai nyamai dan suka duka Renai

0
5

KUCHING: Nilai kasih sayang kepada kedua-dua orang tua yang banyak berkorban demi anak-anak dan kesyukuran merupakan nilai murni yang turut sebati dalam jiwa masyarakat Dayak di Sarawak  dan Kadazandusun di Sabah.

Hubungan kekeluargaan dan kesepaduan sosial yang utuh dalam masyarakat pelbagai kaum perlu sentiasa dipertahankan, dan amalan tersebut semakin penting diperlihatkan ketika menyambut sesuatu perayaan.

Menyedari hakikat tersebut, maka Petronas seperti kelaziman sambutan perayaan utama di negara ini berusaha menerbitkan filem iklan khas yang memiliki sentuhan kemanusiaan.

Melalui Renai yang berdurasi tiga minit, berteraskan prinsip ‘kebahagian yang dikecapi tidak diperoleh dengan mudah’, banyak mesej yang cuba dihantar.

Usaha mencapai masa depan yang gemilang perlu pengorbanan kerana kejayaan tidak dicapai dengan mudah.

Filem tersebut yang penggambarannya dilakukan di pedalaman Sarawak dan Sabah perlu dihayati ketika kita menyambut Perayaan Gawai Dayak di Sarawak mulai lusa. – Sarawakvoice.com