Saturday, May 21, 2022

Wartawan jenayah Filipina ditembak mati di Quiapo

Secara Rawak

MANILA: Seorang wartawan jenayah Filipina dilaporkan ditembak mati di sini, menurut agensi berita China, Xinhua.

Polis kemudian mengenal pasti mangsa sebagai Alex Balcoba,56 tahun, seorang wartawan yang bertugas untuk Tablod Peoples’s Brigada.

Dia ditembak sekitar 7.30 malam pada Jumaat di hadapan sebuah keluarga pembaiki jam di Quiapo, kawasan pinggir bandar Manila.

Balcoba ditembak di kepala oleh dua lelaki sebelum melarikan diri.

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum diisytihar mati kemudian.

Polis masih menyiasat motif di sebalik pembunuhan tersebut.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Filipina kemudian mengutuk insiden berdarah tersebut dan berkata, mangsa merupakan wartawan ke-174 yang dibunuh ketika bertugas sejak 1986 dan yang ke-34 ketika era pemerintahan Presiden Benigno Aquino.

“Tidak kira Balcoba dibunuh kerana tugas sebagai wartawan atau tidak, kami menuntut pihak berkuasa menyegerakan siasatan hingga tertangkapnya pembunuh,” kata Pengerusi NUJP, Ryan Rosauro dalam satu kenyataan hari ini.

449462010455f456f2fe9c7377d8d55ba80b0715

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru