Monday, November 28, 2022

81 peratus guru di Sarawak anak tempatan: Pengarah Pelajaran

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Pengarah Pelajaran Negeri, Rakayah Madon semalam memberitahu, sasaran kerajaan negeri kini hampir tercapai apabila sebanyak 81 peratus daripada 41,897 guru di negeri ini kini terdiri daripada rakyat tempatan.

Kerajaan negeri yang disokong oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini mensasarkan sebanyak 90 peratus guru anak tempatan memgajar di negeri ini dalam tempoh tiga tahun akan datang, bermula tahun lepas.

“Kami mempunyai 41,897 guru di Sarawak. Sekarang, kami telah mencapai 81 peratus guru Sarawak mengajar di dalam negeri.

 “ Dan kami hanya perlukan sembilan peratus lagi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” “katanya pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri di Unimas semalam.

 Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Menjelas lanjut, Rakayah berkata, Sarawak ketika ini mempunyai 1,452 sekolah yang terdiri daripada 1,263 sekolah rendah dan 189 sekolah menengah.

Ini bagi menampung proses pembelajaran 473,679 pelajar, termasuk 27,520 kanak-kanak prasekolah. – Sarawakvoice.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru